PRU15: Mohammed Taufiq sambung legasi bapa di Sungai Petani

Mohammed Taufiq diapit kedua ibu bapa, Johari dan Noraini Mohd ketika diumumkan menang kerusi Parlimen Sungai Petani pada PRU15.
Mohammed Taufiq diapit kedua ibu bapa, Johari dan Noraini Mohd ketika diumumkan menang kerusi Parlimen Sungai Petani pada PRU15.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Meneruskan perjuangan Pakatan Harapan (PH) dan menambah baik perkhidmatan kepada rakyat adalah matlamat utama Mohammed Taufiq Johari yang diumumkan menang kerusi Parlimen Sungai Petani pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mohammed Taufiq, 26, yang juga merupakan anak kepada penyandang, Datuk Johari Abdul (PKR) menjelaskan, akan meneruskan perjuangan bapanya yang merupakan Ahli Parlimen Sungai Petani selama tiga penggal berturut-turut sejak PRU12.

"Saya telah menggariskan beberapa perkara yang ingin dilaksanakan salah satunya memperkasa ekonomi belia, memberi perhatian terhadap kos harga barang yang semakin meningkat dan meningkatkan pendapatan rakyat," katanya kepada media.

Sebagai pemimpin muda, Taufiq mengharapkan agar pimpinan yang lebih berpengalaman berkongsi tunjuk ajar dan nasihat bagi mempersembahkan gerak kerja yang lebih baik.

Pada pada itu, beliau yang berkelulusan doktor perubatan menjelaskan bahawa dakwaan tiada kelayakan dalam bidang perubatan menyebabkannya terjun ke bidang politik adalah tidak benar.

"Sebelum ini saya telah buat keputusan untuk tidak meneruskan 'practice' sebagai seorang doktor kerana mahu beri khidmat sepenuhnya kepada masyarakat.

"Sijil itu bukan tidak diiktiraf namun saya perlu buat 'housemanship' untuk saya practice, saya boleh buat dan teruskan karier sebagai seorang doktor tetapi ini keputusan saya sendiri untuk masuk ke dunia politik.

"Sampai bila saya tidak pasti tetapi buat masa ini saya nak berkhidmat dalam politik dan berbakti pada masyarakat,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang bertanding lima penjuru pada PRU15 mendahului calon lain apabila memperolehi 50,580 undi mengalahkan Tan Chow Kang (PRM) 226 undi, Marzuki Yahya (Pejuang) 2,342 undi, Dr Robert Ling (PN) 49,465 undi dan Dato Shahanim (BN) 27,391 undi.

Mohammed Taufiq yang merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah menang dengan majoriti 1,115 undi.