PN membentuk kerajaan di Perlis

Calon Perikatan Nasional (PN) tiba di pusat penjumlahan undi di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Arau bagi pengumuman rasmi keputusan PRU15 kawasan Parlimen Arau. - Foto Bernama
Calon Perikatan Nasional (PN) tiba di pusat penjumlahan undi di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Arau bagi pengumuman rasmi keputusan PRU15 kawasan Parlimen Arau. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perikatan Nasional (PN) secara rasminya membentuk kerajaan di Perlis selepas memenangi 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang akhbar secara berkala jam 2.30 pagi pada Ahad.

"Bagi keseluruhan pengundian, sehingga jam 2 pagi, PN memenangi 14 kerusi dari 15 dan memperolehi suatu majoriti lebih 50 peratus daripada kerusi dipertandingkan," katanya.

Menurut Abdul Ghani, jumlah pengundi DUN Perlis adalah 76.94 peratus.

Satu-satunya kerusi yang terlepas daripada penguasaan PN adalah DUN Indera Kayangan yang dimenangi calon PH, Gan Ay Ling dengan memperoleh 4,830 undi.

Perlis sebelum ini merupakan salah satu kubu kuat BN sejak 65 tahun lalu.

Artikel Berkaitan: