PRU15: DAP selesa di 18 kerusi DUN di Perak

Sebahagian keputusan tidak rasmi bagi kerusi PH yang ditandingi DAP di Perak memperlihatkan mereka mendahului dengan selesa ketika ini.
Sebahagian keputusan tidak rasmi bagi kerusi PH yang ditandingi DAP di Perak memperlihatkan mereka mendahului dengan selesa ketika ini.
A
A
A

IPOH - Kerusi Pakatan Harapan (PH) yang diwakili DAP di Perak bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) sedang mendahului dengan selesa ketika ini.

Daripada 19 kerusi yang ditandingi PH-DAP, 18 daripadanya semakin hampir dimenangi.

Kerusi-kerusi tersebut melibatkan Pokok Assam, Aulong, Jalong, Canning, Tebing Tinggi, Pasir Pinji, Kepayang, Buntong, Jelapang, Menglembu, Tronoh, Pantai Remis, Astaka, Malim Nawar, Keranji, Pasir Bedamar.

Bagi kerusi DUN Pasir Bedamar, calon mereka, Badrul Hisham Badarudin (PH) memperoleh 9,405 undi tetapi masih ketinggalan di belakang calon Perikatan Nasional (PN), Nadziruddin Mohamed Bandi yang memperoleh 9,841 undi.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang bertanding di kerusi Kepayang sedang mendahului 11,909 undi diikuti calon BN, Lim Huey Shan (2,019) dan calon PN, Dr Richard Ng (2,440).

Selain 19 kerusi DUN ditandingi DAP di Perak, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding sebanyak 21 kerusi DUN manakala Parti Amanah Negara (Amanah) bertanding di 19 kerusi.


Artikel Berkaitan: