PRU15: PH tawan Parlimen Alor Gajah

Sebahagian ahli PH meraikan kemenangan selepas keputusan bagi kerusi Parlimen Alor Gajah diumumkan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, dib Dewan Taming Sari UiTM kampus Alor Gajah di sini, pada Sabtu.
Sebahagian ahli PH meraikan kemenangan selepas keputusan bagi kerusi Parlimen Alor Gajah diumumkan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, dib Dewan Taming Sari UiTM kampus Alor Gajah di sini, pada Sabtu.
A
A
A

ALOR GAJAH - BN gagal merampas kembali kerusi Parlimen Alor Gajah selepas berjaya ditawan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PH yang mengatur strategik dengan meletakkan bekas Ketua Menteri, Adly Zahari sebagai calon Parlimen itu berjaya memperolehi 28,178 undi dengan majoriti 890 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Parlimen Alor Gajah, Datuk Saiful Hazwa Kipli di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, di Dewan Taming Sari UiTM kampus Alor Gajah di sini, pada Sabtu.

Percaturan BN yang meletakkan calon 'payung terjun' yang juga Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan di kerusi MCA gagal selepas BN hanya memperolehi 27,288 undi.

Kerusi berkenaan menyaksikan pertembungan empat penjuru pada PRU kali ini termasuk penyandang kerusi itu Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang terpaksa melepaskan kerusi berkenaan selepas memperolehi 17,211 undi.

Manakala calon (GTA-Pejuang), Muhammad Nazriq Abdul Rahman hanya memperolehi 323 undi.

PRU14 menyaksikan pertembungan tiga penjuru Mohd Redzuan yang dikenali sebagai Pak Wan memperolehi 29,330 undi sekali gus mengalahkan calon BN, Wong Nai Chee yang memperolehi 22,350 undi serta calon Pas, Mohammad Nazree Mohammad Aris sekadar memperolehi 6,135 undi.

Artikel Berkaitan: