PRU15: PN atasi BN di Kuala Terengganu

Ahmad Amzad
Ahmad Amzad
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Ahmad Amzad Hashim mengatasi calon BN, Datuk Mohd Zubir Embong dengan majoriti 30,326 undi.

Setakat jam 10.30 malam ini, sebanyak 181 daripada keseluruhan 223 peti undi telah diterima di pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri, di sini.

Ahmad Amzad memperoleh 49,383 undi mengatasi Mohd Zubir yang mendapat 18,490 undi.

Dua lagi calon iaitu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PH-Amanah) mendapat 9,945 undi manakala Mohamad Abu Bakar Muda (GTA- Pejuang) memperoleh 398 undi.

Pada PRU14 lalu, Ahmad Amzad menang selesa selepas memperoleh 42,988 undi majoriti 14,773 undi menewaskan calon dari BN, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail yang mendapat 28,215 undi serta calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (15,380 undi).


Artikel Berkaitan: