Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir di lapan negeri yang dijangka menyebabkan hujan lebat dan angin kencang hingga jam 5 petang pada Sabtu. - Foto Bernama.
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir di lapan negeri yang dijangka menyebabkan hujan lebat dan angin kencang hingga jam 5 petang pada Sabtu. - Foto Bernama.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lapan negeri yang dijangka menyebabkan hujan lebat dan angin kencang hingga jam 5 petang pada Sabtu.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 2.15 petang memaklumkan, hujan lebat dijangka berlaku di keseluruhan Pulau Pinang dan Terengganu.

Amaran sama turut dikeluarkan di beberapa kawasan di Kedah melibatkan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling.

Dalam pada itu, di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

Kawasan lain yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan, manakala di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan).

Di Sarawak pula melibatkan Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong) serta Mukah (Tanjung Manis dan Daro), selain Sandakan (Beluran) dan Kudat di Sabah.

Sementara itu, MetMalaysia turut memaklumkan, berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 20 hingga 24 November ini.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan garis badai yang membawa bersama ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri Semenanjung,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: