PRU15: Mangsa banjir tetap tunaikan tanggungjawab mengundi

(Dari kiri) Ainon Ibrahim, 45; Faridah Ibrahim, 42; Fatimah dan Zaharah Ibrahim, 62, menunjukkan jari tanda selesai mengundi bagi Parlimen Sepang.
(Dari kiri) Ainon Ibrahim, 45; Faridah Ibrahim, 42; Fatimah dan Zaharah Ibrahim, 62, menunjukkan jari tanda selesai mengundi bagi Parlimen Sepang.
A
A
A

SEPANG - Walaupun diduga dengan banjir yang menimpa kediaman mereka sejak Khamis lalu, empat beradik yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut tetap bersemangat menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Fatimah Ibrahim, 47, berkata, mereka tiba di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi seawal jam 7.30 pagi bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar dan cepat.

“Ahli jawatankuasa kampung kami ada menyediakan kenderaan untuk membawa mangsa banjir ke tempat mengundi, tetapi disebabkan saya bersama adik-beradik yang lain, kami mengambil keputusan untuk menaiki satu kereta sahaja.

“Ada juga antara kami (mangsa banjir) guna kenderaan yang disediakan, namun memandangkan cuaca hari ini hujan renyai, jadi kami mahu proses undi cepat supaya dapat pulang ke PPS dengan segera tanpa perlu menunggu orang lain,” katanya ketika ditemui di PPS berkenaan pada Sabtu.

Fatimah
Fatimah

Dalam pada itu, Fatimah yang menetap di kawasan Rancangan Tanah Belia Labu Lanjut turut meluahkan rasa terkilan apabila terpaksa menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia ketika ditempatkan di PPS.

Justeru, Fatimah berharap agar kerajaan yang dibentuk selepas ini dapat mengurus tadbir negara dengan lebih baik sekali gus mementingkan kebajikan rakyat.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya yang terpaksa keluar mengundi ketika berada di PPS, sedangkan semua sedia maklum bulan November dan Disember adalah musim hujan dan banjir.

Artikel Berkaitan:

“Walaupun bimbang dengan keadaan rumah yang ditenggelami air, keselamatan anak-anak ketika banjir, namun kami tetap tunaikan tanggungjawab mengundi wakil rakyat,” ujarnya.