Amaran ribut petir, hujan lebat di Johor dan Sabah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan negeri Johor dan Sabah sehingga jam 3 petang, Sabtu.

MetMalaysia menerusi kenyataan dikeluarkan pada jam 11.30 pagi memaklumkan di Johor, kawasan terlibat ialah Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, kawasan yang terjejas di Sabah pula melibatkan Tawau dan Sandakan (Kinabatangan).

Menurut kenyataan itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas kenyataan berkenaan.

Susulan amaran tersebut, pengundi yang bakal menjalankan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca di kawasan masing-masing.

PRU15 kali ini menyaksikan sebanyak 20,853,681 daripada keseluruhan 21,173,638 pemilih berdaftar akan membuat pilihan masing-masing mulai jam 8 pagi hingga 6 petang di Semenanjung Malaysia dan 7.30 pagi hingga 5.30 petang bagi pengundi di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Artikel Berkaitan: