Pas Perak puas hati proses PRU aman, tiada provokasi

Mohd Akmal menunjukkan tanda di jari selepas selesai mengundi pada Sabtu.
Mohd Akmal menunjukkan tanda di jari selepas selesai mengundi pada Sabtu.
A
A
A

LARUT - Pas Perak berpuas hati dengan perjalanan jentera parti di setiap kawasan Parlimen dan negeri yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata, sejak hari penamaan sehinggalah berakhirnya tempoh kempen pada Jumaat, proses pilihan raya berlangsung tanpa sebarang provokasi dan insiden tidak diingini.

"Alhamdulillah, sepanjang kempen ini tiada provokasi, tiada perbalahan mahupun perkara yang mencetuskan huru-hara dan pergaduhan.

"Diharapkan suasana harmoni ini kekal sehingga waktu pengiraan undi petang ini," katanya selepas mengundi di Pusat Pembuangan Undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bayor di sini pada Sabtu.

Mohd Akmal yang juga calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selama bersedia menerima sebarang keputusan pada pilihan raya kali ini.

Selaku penyandang, Mohd Akmal berdepan saingan empat penjuru, dicabar calon daripada BN, Faizul Rizal Zulkifli; Razali Ismail daripada Pakatan Harapan (PH) dan calon Bebas, Osman Sidek.

Artikel Berkaitan: