[VIDEO] Harap peratus keluar undi meningkat berbanding PRN Melaka

Adly (kiri) bersama isterinya, Dalilah Awaludin selesai membuang undi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal pada jam 9.16 pagi.
Adly (kiri) bersama isterinya, Dalilah Awaludin selesai membuang undi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal pada jam 9.16 pagi.
A
A
A

ALOR GAJAH - Bekas Ketua Menteri Melaka yang juga calon PH Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari selesai membuang undi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal di sini pada jam 9.16 pagi.

Beliau yang berbaju kemeja putih tiba di pusat pengundian bersama isteri, Dalilah Awaludin serta anak sulung mereka pada jam 9 pagi.

Adly berharap peratusan keluar mengundi pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) kali ini mencecah 80 peratus berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tahun lalu.

Menurutnya, meskipun hujan renyai namun orang ramai dilihat keluar mengundi seawal pagi termasuk golongan pengundi muda.

"Saya melihat saluran generasi muda juga agak panjang beratur seperti di saluran empat.

"Saya percaya ramai yang mengambil keputusan mengundi awal kerana tak pasti cuaca pada tengah hari dan petang,” katanya.

Adly dan isteri sebelum itu selesai membuang undi di saluran tiga.

Parlimen Alor Gajah menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan penyandang Mohd Redzuan Md Yusof (PN), Shahril Sufian Hamdan (BN), dan Adly (PH) serta Pejuang yang mempertaruhkan Muhammad Nazriq.

Artikel Berkaitan: