PRU15: Berkerusi roda mengundi kali ke-15

Husman@Othman sanggup berkerusi roda hadir ke pusat pengundian di Maktab Sultan Ismail (SIC) di Kota Bharu pada Sabtu untuk mengundi kali ke-15.
Husman@Othman sanggup berkerusi roda hadir ke pusat pengundian di Maktab Sultan Ismail (SIC) di Kota Bharu pada Sabtu untuk mengundi kali ke-15.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang warga emas berusia 83 tahun sanggup berkerusi roda hadir ke pusat pengundian di Maktab Sultan Ismail (SIC) di sini pada Sabtu untuk mengundi kali ke-15.

Husman@Othman Arifin berkata, walaupun kaki kanannya cedera selepas mengalami kemalangan pada dua minggu lepas namun semangat untuk mengundi tetap berkobar-kobar.

"Saya tidak mahu ketinggalan mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana ini adalah kali ke-15 berbuat demikian.

"Kali pertama saya mengundi di Selangor pada tahun 50-an, dan ketika itu menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Klang," katanya kepada pemberita.

Menurut dia, PRU dahulu dan sekarang sangat berbeza terutama dari segi parti.

Ujarnya, PRU sekarang menyukarkan rakyat apabila banyak parti yang bertanding.

Husman berkata, dahulu hanya sekitar dua atau tiga parti sahaja iaitu Kapal Layar (BN), Pas dan DAP.

Pada PRU15 Kota Bharu menyaksikan penyandang kerusi itu Datuk Seri Takiyuddin Hassan akan berdepan saingan daripada Datuk Seri Rosmadi Ismail (BN), Dr Hafidzah Mustaqim (PH), Prof Datuk Dr Che Musa Che Omar (GTA), Andy Tan (PRM) dan Bebas, Izat Bukhari Ismail Bukhari.

Artikel Berkaitan:

PRU14 lalu, Takiyuddin menang dengan majoriti 5,869 undi menewaskan BN dan PKR.