PRU15: Calon perlu ikut KPI, bukan senioriti

Para petugas SPR membuat persiapan akhir seperti semakan saluran dan peti undi sebelum hari mengundi PRU15 esok di Sekolah Rendah Agama Jalan Raja Muda Musa yang merupakan antara pusat mengundi bagi Parlimen Titiwangsa ketika tinjauan pada Jumaat. - Foto Bernama
Para petugas SPR membuat persiapan akhir seperti semakan saluran dan peti undi sebelum hari mengundi PRU15 esok di Sekolah Rendah Agama Jalan Raja Muda Musa yang merupakan antara pusat mengundi bagi Parlimen Titiwangsa ketika tinjauan pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Parti politik perlu menggunakan sistem petunjuk prestasi utama (KPI) bagi meletakkan calon bertanding pada pilihan raya dan bukannya berdasarkan senioriti atau orang lama.

Penganalisis politik, Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, barisan pimpinan parti politik perlu mempunyai KPI untuk melihat pemimpin-pemimpin yang sepatutnya diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

"Sepatutnya sistem KPI sudah mula diperkenalkan kepada rakyat bagi membuat pilihan pada PRU, bukan sekarang baru hendak tonjolkan kebaikan.

"Rakyat hendak tahu dan melihat mana video atau KPI kecemerlangan calon di kawasan, perkara itu yang perlu dibuktikan kepada rakyat dan bukannya apa yang dibuat dalam sehari dua ini sebagai drama yang sering berlaku apabila menjelang pilihan raya," katanya.

Mengulas lanjut, Hussain berkata, sekiranya individu itu tidak cukup KPI yang ditetapkan, maka pucuk pimpinan politik tidak boleh mencalonkan pemimpin tersebut.

"Penjawat awam contohnya, kalau tidak cukup KPI mana boleh hendak naik pangkat dan perkara sama juga harus dipraktikkan di dalam sistem politik negara.

"Parti politik sepatutnya fikir calon mana yang mempunyai nilai KPI tinggi perlu diletakkan di kawasan pilihan raya, bukan kerana kepentingan politik atau kepentingan peribadi yang lain.

"Jika dicalonkan kerana kepentingan sesuatu, ia pastinya akan mendatangkan bahaya kepada parti," katanya.

Artikel Berkaitan:



Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!