Jom Pulang Mengundi
18 November 2022 04:24pm
Masa membaca: 4 minit
Orang ramai membeli tiket pulang ke kampung masing-masing bagi menunaikan kewajipan mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok ketika tinjauan fotoBernama di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini. - Foto Bernama.
Orang ramai kelihatan memasuki balai pelepasan domestik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) hari ini.
Rakyat Malaysia akan mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 esok. - Foto Bernama
Keadaan semasa aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Selatan agak sesak manakala arah ke Kuala Lumpur bergerak lancar berhampiran Plaza Tol Seremban ekoran orang ramai mengambil peluang bercuti di kampung halaman masing-masing bagi menjalankan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok.
Rakyat Malaysia akan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi esok. - Foto Bernama
Penumpang beratur bagi daftar masuk di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAS) Subang hari ini ketika tinjauan orang ramai pulang ke kampung untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15, esok.
Untuk memudahkan penumpang, syarikat penerbangan Batik Air dan Firefly membuka masing-masing enam dan dua kaunter untuk proses daftar masuk selain menggalakkan penggunaan mesin kiosk untuk urusan sama.- Foto Bernama.