Korea Utara disyaki lancar peluru berpandu antara benua

Gambar fail menunjukkan sebuah peluru berpandu antara benua milik Korea Utara. - Foto AFP/STR/KCNA/KNS
Gambar fail menunjukkan sebuah peluru berpandu antara benua milik Korea Utara. - Foto AFP/STR/KCNA/KNS
A
A
A
SEOUL - Korea Utara disyaki melancarkan tembakan sebuah peluru berpandu balistik antara benua pada Jumaat, kata tentera Seoul.

Ia merupakan pelancaran kedua dalam tempoh dua hari ketika Pyongyang meneruskan pelancaran yang memecahkan rekod sekali gus mencetuskan kebimbangan tentang peningkatan ujian nuklear.

Seorang pegawai pertahanan Korea Selatan memberitahu AFP bahawa Korea Utara disyaki telah melancarkan peluru berpandu antara benua tanpa memberikan sebarang butiran lanjut.

Beliau sebelum ini berkata Pyongyang telah mengesan pelancaran peluru berpandu balistik yang tidak dikenal pasti ke arah timur.

Tokyo turut mengesahkan pelancaran itu dengan Kementerian Pertahanan Jepun berkata Korea Utara disyaki melancarkan peluru berpandu balistik ketika pengawal pantai memberi amaran kepada kapal-kapal supaya tidak menghampiri serpihannya yang jatuh di dalam laut.
Artikel Berkaitan:


Pelancaran itu berlaku sehari selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik jarak dekat. - Agensi