PRU15: MB Johor beri jaminan tunai segera janji BN

Onn Hafiz (tengah) bersama calon BN Parlimen Segamat, Tan Sri M Ramasamy (dua kiri) selepas melakukan pertemuan dengan jentera BN Segamat, di Segamat, pada Khamis.
Onn Hafiz (tengah) bersama calon BN Parlimen Segamat, Tan Sri M Ramasamy (dua kiri) selepas melakukan pertemuan dengan jentera BN Segamat, di Segamat, pada Khamis.
A
A
A
JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi jaminan sekiranya BN menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), semua yang dijanjikan calon gabungan itu ketika berkempen akan ditunaikan segera.

Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius janji calon-calon BN Johor kepada rakyat sekali gus tidak mahu mensia-siakan mandat yang diberikan nanti.

"Selesai sahaja PRU15 ini, saya akan berjumpa dengan kesemua pemenang BN bagi kerusi Parlimen negeri untuk membincangkan cara terbaik menunaikan janji-janji ini dalam tempoh yang ditetapkan.

"Ini bertujuan membincangkan cara terbaik menunaikan janji dalam tempoh yang ditetapkan. Sebagai sebuah parti yang sekian lama mementingkan kebajikan rakyat, kerajaan BN sentiasa berusaha untuk melunaskan impian dan permintaan rakyat.

"Ia demi kemudahan dan kesejahteraan hidup bagi lima tahun akan datang. Pilihlah kestabilan dan kemakmuran untuk kesenangan semua," katanya menerusi suatu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, menerusi perkongsian video yang dikongsikan dalam Facebook miliknya, Onn Hafiz berkata, beliau tidak mahu rakyat di negeri ini tersalah membuat percaturan dalam memilih kerajaan yang akan mentadbir negara dalam tempoh lima tahun mendatang.

Oleh itu, beliau berkata, rakyat perlu membuat keputusan yang bijak pada PRU15 bagi memastikan negeri ini terus mendapat nikmat limpahan ekonomi menerusi projek berimpak tinggi.



Pada PRU14 katanya, ramai yang membuat pilihan untuk merubah kerajaan dan sejak itu negara menjadi tidak stabil sehingga hari ini.

"Ekonomi kita merundum, harga sawit jatuh dan pekerja-pekerja kontrak dibuang, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) tidak diteruskan, subsidi nelayan dan petani dikurangkan selain bekalan minyak diesel dipotong," ujar beliau.

Onn Hafiz menyuarakan kebimbangan perkara yang berlaku pada PRU14 akan berulang dan rakyat akan terus merana selama lima tahun lagi.
Artikel Berkaitan:


Beliau berkata, rakyat di negeri ini diminta untuk berfikir semasak-masaknya dan membayangkan segala kebaikan yang boleh diraih sekiranya projek mega seperti Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tidak dibatalkan.

"Bayangkan jika perkara-perkara berimpak tinggi seperti HSR tidak dibatalkan. Saudara saudari semua yang tinggal di Kuala Lumpur dapat menziarah ibu bapa di Muar dalam masa 45 minit.

"Mereka yang mempunyai urusan perniagaan dan pendidikan atau ingin melancong ke Singapira hanya memerlukan masa 90 minit dari Kuala Lumpur berbanding 5 jam buat masa ini.

Impak daripada itu ujarnya, sudah tentu pelbagai kemudahan dan kemajuan akan dibawa kerajaan BN yang akan merangsang ekonomi, malah mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan di Johor.