Mangsa banjir Johor tinggal 289 orang di tiga PPS

Anggota Angkatan Pertahanan Awam meninjau keadaan banjir di Kampung Ithnin Maarof, Kluang pada Rabu.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam meninjau keadaan banjir di Kampung Ithnin Maarof, Kluang pada Rabu.
A
A
A
JOHOR BAHRU - Bilangan mangsa banjir di tiga daerah di negeri ini berjumlah 289 orang daripada 72 keluarga yang dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam Khamis.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan memberitahu, jumlah berkenaan menunjukkan sedikit penurunan berbanding 310 orang daripada 77 keluarga pada jam 4 petang.

"Di Tangkak seramai 230 mangsa banjir melibatkan 54 keluarga dari Kampung Simpang 5 Darat; Kampung Parit Bunga Raya Hujung; Kampung Parit Bunga Raya dan Kampung Parit Pulai masih berada di dua PPS.

"Mereka berada di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 5 Darat dan Sekolah Agama (SA) Simpang 5 Darat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Jawatankuasa berkenaan menjelaskan, di Kluang pula tinggal enam orang daripada sebuah keluarga dari Kampung Ithnin Maarof dan Kampung Sungai Linau ditempatkan di Dewan Utama Kampung Ithnin Maarof.
Artikel Berkaitan:


Di Segamat pula seramai 39 orang melibatkan 12 keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 ditempatkan di PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak.

Seramai 14 orang lagi melibatkan lima keluarga juga dari Kampung Seberang Batu Badak ditempatkan di PPS Dewan Komuniti Tasek.