Lelaki warga asing ditahan pandu kereta curi

Seorang lelaki warga asing ditahan di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur kerana memandu kenderaan dilaporkan terlibat kes samun.
Seorang lelaki warga asing ditahan di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur kerana memandu kenderaan dilaporkan terlibat kes samun.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga asing ditahan di Jalan Bukit Bintang, di sini pada Rabu kerana memandu sebuah kereta jenis Proton Gen 2 yang dilaporkan terlibat dalam satu kes samun di Gombak.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, pasukan rondaan telah mengesan kereta berkenaan diparkir di bahu jalan dan menghalang lalu lintas.

"Anggota telah mengambil tindakan saman halangan terhadap sebuah kenderaan di bahu jalan Bukit Bintang berhadapan Kedai Life Style jam lebih kurang 12.30 tengah malam.

"Hasil semakan mendapati kenderaan ini dikehendaki pihak polis kerana terlibat kes di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan didapati masih hilang bersabit Balai Gombak tahun 2007," menurut hantaran berkenaan pada Rabu.

Difahamkan, semasa anggota JSPT sedang membuat pemeriksaan, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 32 tahun dari sebuah negara di Asia Tengah datang dan mengaku bahawa kenderaan berkenaan adalah miliknya.

"Seterusnya, tangkapan dibuat ke atas suspek dan kenderaan bersama serangkai anak kunci dirampas dan dibawa balik ke JSPT Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.

Artikel Berkaitan: