Status tarif air Selangor diumum selepas Aidilfitri

Amirudin bergambar kenangan bersama penerima sumbangan masjid, surau dan madrasah di Masjid At-Taqwa di sini, hari ini.
Amirudin bergambar kenangan bersama penerima sumbangan masjid, surau dan madrasah di Masjid At-Taqwa di sini, hari ini.
A
A
A

KUALA LANGAT - Kerajaaan Selangor dijangka mengumumkan status tarif air selepas Aidilfitri ini.

Menteri Besarnya, Amirudin Shari berkata, perbincangan diadakan sebelum ini berkaitan isu ini dan isu lain melibatkan air.

"Pengumuman berkaitan isu penetapan tarif air di negeri ini akan diumumkan antara Jun atau Julai ini.

"Buat masa ini, kita tidak membuat sebarang keputusan lagi berhubung isu berkenaan walaupun sudah membuat perbincangan mengenainya sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir di Masjid At-Taqwa di sini dalam program Jelajah Maju Menteri Besar di daerah ini, hari ini.

Rabu lalu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar mengesahkan enam negeri bersetuju menaikkan kadar tarif air ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Persetujuan itu dicapai hasil rundingan kementerian bersama kerajaan negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang masih lagi berjalan ketika ini.

Bagaimanapun, Xavier tidak menyatakan enam negeri terbabit.

Artikel Berkaitan: