Perut 'meragam', Ronaldo tak turun berlatih

Ronaldo mengalami gastritis dan tidak turun berlatih. - Foto Agensi
Ronaldo mengalami gastritis dan tidak turun berlatih. - Foto Agensi
A
A
A

MENGHITUNG hari menjelang sepak mula Piala Dunia, pemain kontroversi, Cristiano Ronaldo mungkin diketepikan untuk aksi pemanas badan Portugal menentang Nigeria kerana mengalami sakit perut.

Berita itu disahkan oleh jurulatih pasukan, Fernando Santos.

Ronaldo dalam satu temubual baru-baru ini mengkritik Manchester United bahawa dia tidak mempunyai rasa hormat kepada jurulatih, Erik ten Hag.

Pemenang lima kali Ballon d'Or itu tidak turun berlatih pada Rabu kerana kesakitan tersebut.

"Dia mengalami 'gastroenteritis' dan tidak berlatih hari ini (Rabu) atas alasan berkenaan.

"Dia tidak bersedia (untuk berdepan Nigeria) dan sedang berehat. Seperti anda tahu, gastritis sudah banyak menjadi punca pemain terpaksa diketepikan," ujar Santos di Lisbon.

Sebaik pulih, Ronaldo bakal cergas untuk membuat penampilan kelima dan mungkin Piala Dunia terakhir buat dirinya.

Portugal dijadual membuka saingan kejohanan menentang Ghana pada 24 November sebelum bertemu Uruguay dan Korea Selatan.

Artikel Berkaitan:

Ronaldo dan Portugal tidak pernah meraih kejuaraan tetapi berjaya meraih gelaran di Euro 2016 dan menjuarai Liga Negara pada 2019.