Anwar tak beri peluang, mahu singkir pengkhianat

Anwar ketika berucap di Grand Finale Jelajah Mega Pakatan Harapan di AU2, Gombak pada Rabu
Anwar ketika berucap di Grand Finale Jelajah Mega Pakatan Harapan di AU2, Gombak pada Rabu
A
A
A

GOMBAK - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu beliau seorang yang tegas dan tidak akan memberi muka kepada perosak parti.

Menerusi Grand Finale Jelajah Mega Pakatan Harapan di AU2 pada Rabu, beliau memberitahu sengaja datang ke Gombak untuk menyingkirkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kerusi Parlimen berkenaan kerana tindakannya yang didakwa tidak amanah terhadap mandat diberikan rakyat.

"Biar ia jadi pengajaran kepada anak bangsa Melayu pada masa akan datang, jangan layan dan terima orang yang khianat amanah," katanya ketika berucap di hadapan ribuan penyokong pada ceramah itu pada Rabu.

Pada masa sama beliau merayu kepada pengundi memilih PH bagi memastikan gabungan tersebut membentuk kerajaan dan memberi peluang untuk membawa perubahan kepada negara.

"Saya harap PH diberi peluang supaya boleh menumpukan pemulihan ekonomi bagi menambah peluang pekerjaan, harga barang dapat diturunkan dan ringgit dapat dipulihkan semula.

"Saya merayu kepada anda selamatkanlah negara. Dengan umur saya, saya telah cuba dan ikhtiar sebaik mungkin. Saya terharu walaupun dicaci maki tapi saya lihat kebangkitan rakyat luar biasa," katanya.

Artikel Berkaitan: