Wajah baharu Heung-min di Qatar

Heung-min (kiri) ketika menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Doha, menjelang kempen Piala Dunia minggu depan. - Foto EPA
Heung-min (kiri) ketika menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Doha, menjelang kempen Piala Dunia minggu depan. - Foto EPA
A
A
A

BINTANG Korea Selatan, Son Heung-min membuat penampilan berbeza apabila memakai topeng pelindung muka ketika turun berlatih di Doha pada malam Rabu menjelang saingan Piala Dunia minggu depan.

Pemain berusia 30 tahun itu mengalami patah rongga pada matanya ketika meraih kemenangan pada saingan Liga Juara-Juara di Marseille dua minggu lalu.

Selepas selamat menjalani pembedahan, penyerang itu dipanggil menyertai skuad Piala Dunia Korea Selatan.

Saya hanya berehat selama 10 hari (kerana pembedahan) jadi ini adalah peluang untuk menyegarkan kembali keadaan saya.

“Menjalani pembedahan boleh merosakkan badan anda tetapi saya diberitahu bahawa pembedahan berjalan dengan baik. Saya masih pulih tetapi tidak sepatutnya ada sebarang masalah,” ujar Heung-min.

Pemain sensasi Tottenham Hotspur itu berlanggar dengan bahu pemain pertahanan, Chancel Mbemba sekali gus mencetuskan keraguan kemampuan dia beraksi di Piala Dunia Qatar 2022.

Kapten Korea Selatan itu dilihat bersemangat ketika turun menjalani latihan di Doha.

Bagaimanapun dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng muka sepanjang sesi latihan itu.

Artikel Berkaitan:

“Saya datang ke sini (Qatar) walaupun pada hakikatnya saya cedera dan sedar sepenuhnya bahawa sentiasa ada risiko untuk cedera,” ujar Heung-min.

Dalam pada itu, selepas mengumumkan skuad untuk Piala Dunia Sabtu lalu, pengurus Korea Selatan Paulo Bento memperkatakan mengenai kecergasan Heung-min.

“Kami berhubung dengan bahagian perubatan Spurs bagi mengetahui mengenai masa dan hari yang tepat untuk dia mula berlatih dengan pasukan.

“Kita perlu menganalisis hari demi hari keadaannya. Kami ada masa untuk membuat keputusan dan yang paling penting dia pulih sebaik mungkin. Dia berasa selesa dan kemudian kami akan membuat keputusan sama ada dia boleh beraksi atau tidak,” katanya.

Korea Selatan mengharapkan Heung-min cergas sepenuhnya untuk memulakan saingan Kumpulan H berdepan Uruguay pada 24 November dan kemudian akan menentang Ghana dan Portugal.