JPS keluar notis kemungkinan banjir kilat di empat negeri

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat bagi empat negeri melibatkan Johor, Pahang, Terengganu dan Sabah.

JPS dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 3 petang Rabu memaklumkan, ia berdasarkan maklumat ramalan hujan daripada Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS Malaysia.

Menurut kenyataan itu, terdapat risiko berlakunya banjir kilat di beberapa lokasi di negeri berkenaan sekiranya hujan yang signifikan berlaku dalam tempoh 24 jam daripada waktu notis dikeluarkan.

JPS memaklumkan di Johor, kawasan berkemungkinan dilanda banjir kilat ialah daerah Kota Tinggi melibatkan Johor Lama, Kambau, Kota Tinggi, Pantai Timur, Pengerang, Sedili Besar, Sedili Kechil, Tanjung Surat, Ulu Sungai Johor dan Ulu Sungai Sedili Besar.

Bagi daerah Mersing, lokasi yang terlibat adalah Bandar Padang Endau, Mersing, Padang Endau, Penyabong, Sembrong, Tenglu, Triang serta kawasan sekitarnya.

Di daerah Segamat pula kawasan terlibat adalah Bandar Gemas, Bandar Labis, Buloh Kasap, Chaah, Gemas, Gemereh, Jementah, Labis, Pogoh, Sermin, Sungai Segama serta kawasan sekitarnya, manakala daerah Muar melibatkan Ayer Baloi, Ayer Hitam, Bandar, Bandar Maharani, Bandar Panchor, Bukit Kepong, Jalan Bakri, Jorak, Kesang, Parit Bakar, Sri Menanti dan Sungai Raya.

Dalam kenyataan sama, JPS memaklumkan bagi negeri Pahang ia melibatkan daerah Maran iaitu Bandar Maran, Bukit Segumpal, Chenor, Kertau, Lepar, Luit, Pekan, Pekan Sri Jaya, Pulau Manis serta kawasan sekitarnya.

Di daerah Pekan pula lokasi terlibat adalah Batu Talam, Bebar, Dong, Ganchong, Kuala Kuantan, Langgar, Lepar, Pahang Tua, Pekan, Pekan Ceroh, Penyor, Pulau Manis, Pulau Rusa, Sega, Semantan Hulu, Temai serta kawasan sekitarnya.

Artikel Berkaitan:

Bagi daerah Raub meliputi Bandar Endau, Bandar Raub, Batu Talam, Dong, Endau, Gali, Hulu Dong, Keratong, Pekan Dong, Pontian, Sabak, Sega, Semantan Hulu, Teras serta kawasan sekitarnya.

Di daerah Rompin melibatkan Endau, Keratong, Pekan Tioman, Pontian, Rompin serta kawasan sekitarnya, manakala daerah Temerloh membabitkan Bandar Mentakab, Bandar Temerloh, Bangau, Jenderak, Kerdau, Lebak, Lipat Kajang, Mentakab, Pekan Kuala Kerau, Pekan Lancang, Perak, Sabai, Sanggang, Semantan dan Songsang.

Di Terengganu, lokasi di daerah Kemaman yang berisiko banjir adalah Bandi, Banggul, Binjai, Cukai, Hulu Cukai, Hulu Jabur, Kemasik, Kertih, Kijal, Pasir Semut, Tebak, Teluk Kalung serta kawasan sekitarnya.

JPS memaklumkan di Sabah, kawasan yang terlibat adalah di daerah Beaufort melibatkan Kampung Gadong, Kampung Kuridak, Kampung Garama, Kampung Lawa, Kampung Lago Gumarit, Kampung Suasa, Kampung Kukop, Kampung Bangkalalak, Kampung Jabang dan Kampung Berumbai.

Turut terlibat di daerah itu ialah Kampung Mentulud, Kampung Kebajang Gumarit, Kampung Kebajang Laut, Kampung Mantau Kebajang, Kampung Gilila Jaya, Kampung Lago, Kampung Teratak, Kampung Kebajang Ulu, Kampung Kukut Padas Damit, Kampung Kratak Padas Damit, Kampung Shabandar Padas Damit, Kampung Pekan Padas Damit, Kampung Bintuka, Kampung Lukut Gadong serta kawasan sekitarnya.

Di daerah Penampang pula melibatkan Kampung Kolopis serta kawasan sekitarnya.

JPS memaklumkan notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh berkenaan.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa dan dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir. - Bernama