KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19

Khairy (kiri) dan Dr Noor Hisham
Khairy (kiri) dan Dr Noor Hisham
A
A
A

SHAH ALAM - Sekumpulan rakyat Malaysia memfailkan saman terhadap kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya menteri yang bertanggungjawab ke atas program vaksinasi negara, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas mendakwa menjadi mangsa kepada kesan sampingan akibat vaksin Covid-19.

Kumpulan seramai 44 orang mangsa itu yang diwakili firma guaman Shahrin Satheer Kamal & Co turun memfailkan saman terhadap Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan tiga pengeluar vaksin Covid-19 iaitu Pfizer, Astrazeneca dan Pharmaniaga.

Peguam firma guaman Shahrin Satheer Kamal & Co, Muhammad Shahrin Satheer berkata, kumpulan tersebut mendakwa KKM memberi satu deklarasi tidak sah dan merupakan suatu persetujuan yang dipaksa oleh pihak defendan untuk mengelakkan mereka diambil tindakan akibat daripada kesan sampingan teruk akibat suntikan vaksin Covid-19.

"Selain itu, mereka turut menuntut defendan bertanggungjawab atas kesan suntikan vaksin Covid-19 terhadap plaintif telah memberikan kesan sampingan teruk termasuk menyebabkan kematian, kehilangan upaya kekal dan komplikasi-komplikasi lain yang mengakibatkan kerugian.