Gelaran 'Yang Berkhidmat' lebih sesuai untuk wakil rakyat

Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid
A
A
A
KUALA NERANG - Gelaran 'Yang Berkhidmat' lebih sesuai digunakan wakil rakyat dipilih pada pilihan raya berbanding 'Yang Berhormat' dalam usaha menentukan perkhidmatan terbaik diberikan kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Penyandang kerusi Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, rakyat boleh menjustifikasikan wakil rakyat itu berasaskan perkhidmatan mereka yang dapat dilihat dan dinilai sepanjang tempoh wakil rakyat itu berkhidmat selepas memenangi pilihan raya.

"Ya, saya setuju juga dengan perkataan 'Yang Berkhidmat' itu. Saya rasa 'Yang Berkhidmat' lebih tepatlah sebab boleh memberi gambaran rekod perkhidmatan wakil rakyat, jadi sesuai jugalah,” katanya kepada pemberita selepas Walkabout@Kolej MARA di sini pada Rabu.

Sementara itu, Mahdzir yang juga Naib Presiden UMNO berkata, dakwaan Pakatan Harapan (PH) dikatakan semakin menghampiri 100 kerusi Parlimen untuk dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disifatkannya sebagai perang psikologi.

"Kita BN pun buat kiraan juga, di mana parti kita menang dan di mana parti kita tidak menang. Yang tidak menang kita kata tidak menanglah tempat itu. Tapi ada tempat yang kita boleh menang, jadi kiraan kita Alhamdulillah BN pun seperti mana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebut, insya-ALLAH BN boleh menubuhkan kerajaan Persekutuan," katanya.
Artikel Berkaitan:


Kelmarin, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dalam ceramah PH di Pekan Balik Pulau, Pulau Pinang mendakwa yang parti itu yakin memperoleh 100 kerusi Parlimen ketika kempen PRU15 berbaki empat hari. - Bernama