PRU15: 'Ini bukan kerja bermusim'

Mohd Fazrul ketika melawat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di Simpang Renggam hari ini.
Mohd Fazrul ketika melawat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di Simpang Renggam hari ini.
A
A
A

SIMPANG RENGGAM - Calon Perikatan Nasional (PN) Simpang Renggam, Mohd Fazrul Kamat memberitahu akan terus berkhidmat di kawasan Parlimen itu walau apa jua keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Beliau berkata, kempen dan tugasnya mendekati golongan seperti asnaf, mualaf, orang kurang upaya (OKU) dan mangsa banjir bukan dilakukan secara bermusim apabila tiba PRU sahaja.

"Prihatin rakyat dan kebajikan adalah perkara yang saya utamakan. Dari sekolah lagi saya memang suka aktiviti kemanusiaan.

"Ini bukan satu tugas bermusim atau kempen bermusim untuk saya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, Simpang Renggam telah dianggap sebagai 'rumahnya' dan akan bersama mereka tidak kira menang atau kalah nanti.

Pada PRU kali ini, Fazrul akan berhadapan dengan calon BN, Datuk Hasni Mohammad; calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik dan seorang calon Gerakan Tanah Air, Kamal Kusmin.

Dalam pada itu, Fazrul berkata, semalam seramai 30 orang mualaf daripada Persatuan Mualaf Cina Simpang Renggam ditemui selepas dijemput oleh mereka.

Katanya, rata-rata mahu memberi sokongan kepadanya kerana ingin membalas budi selepas memberikan bakul makanan kepada persatuan itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Tambahnya, begitu juga program hari ini, beliau telah menyantuni seramai 30 OKU di PPDK.

"Program hari ini alhamdulillah... penerimaan baik dan tidak ada penolakan. Kita mampu pecahkan kubu kuat UMNO dengan cara kita kempen. Mereka banyak 'swing'.

Artikel Berkaitan: