PRU15: 'Mereka sengaja mahu jadikan isu'

Sebelum ini tular mengenai sebuah kenderaan GLC Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) ditampal dengan poster BN.
Sebelum ini tular mengenai sebuah kenderaan GLC Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) ditampal dengan poster BN.
A
A
A

DUNGUN - "Bukan salah guna....mereka ni saje nak jadikan isu," kata Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menjawab isu berhubung penggunaan kenderaan anak syarikat milik kerajaan (GLC) yang digunakan sebagai bahan kempen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebelum ini tular mengenai sebuah kenderaan GLC Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) ditampal dengan poster BN.

Perkara tersebut menimbulkan tidak puas hati segelintir pihak yang menganggap ia sebagai salah guna kuasa dan mendakwa kenderaan milik syarikat GLC berkenaan dimanfaat untuk kepentingan parti.

Ahmad yang juga Pengerusi Ketengah berkata, perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan kerana ia mungkin berlaku kerana kesilapan.

Menurutnya, tiada salahnya menggunakan kenderaan tersebut kerana pihak berkenaan sedang bertugas dan mempunyai kuasa.

"Bukan hal besar sangat perkara ini kerana dia masih lagi pegang jawatan dan berhak menggunakannya.

"Tiada masalah kecuali dia letak jawatan tetapi tetap guna juga," katanya.

Bagaimanapun, beliau memberi peringatan kepada semua pihak supaya mengelak menampal poster atau bahan kempen pada kenderaan atau harta milik kerajaan kerana boleh mengundang fitnah.

"Mungkin dia tersilap dan kena perbetulkan semula.

"Kalau boleh hentikan perkara sebegini kerana boleh jadi isu dan kita terpaksa jawab sedangkan pihak menuduh juga biasa dengan perkara seperti ini," katanya.