Piala Dunia kelima buat Ochoa, Guardado

Ochoa (kiri) dan Guardado membuat penampilan kelima bersama Mexico di Piala Dunia. - Foto Agensi
Ochoa (kiri) dan Guardado membuat penampilan kelima bersama Mexico di Piala Dunia. - Foto Agensi
A
A
A

MEXICO menyenaraikan skuad akhir ke Qatar dengan penjaga gol veteran, Guillermo Ochoa dan pemain tengah, Andres Guardado bakal menyertai Piala Dunia buat kali kelima

Jurulatih Gerardo Martino berharap dapat membawa pasukannya ke peringkat suku akhir kejohanan berprestij itu buat kali pertama dalam tempoh lebih tiga dekad.

Guardado, 36, yang beraksi untuk kelab Sepanyol, Real Betis antara sembilan pemain berpangkalan di Eropah yang dipanggil oleh Martino.

Ochoa, 37, adalah penjaga gol skuad kebangsaan yang memiliki cap antarabangsa terbanyak dan disanjung di Piala Dunia 2014 kerana tangkas di gawang ketika seri 0-0 dengan Brazil.

Nasib malang buat pemain sayap, Jesus Corona apabila terpaksa diketepikan kerana patah kaki dan koyak ligamen pergelangan kaki ketika berlatih bersama kelabnya, Sevilla.

Penyerang veteran, Javier Hernandez yang bermain bersama Los Angeles Galaxy turut diketepikan selepas bermain di tiga Piala Dunia terakhir.

Mexico yang diundi dalam Kumpulan C akan membuka tirai kempen menentang Poland pada 22 November diikuti Argentina (26 November) dan Arab Saudi (30 November).

Senarai Pemain Mexico

Penjaga gol: Rodolfo Cota (Leon), Guillermo Ochoa (America), Alfredo Talavera (Juarez).

Artikel Berkaitan:

Pemain pertahanan: Kevin Alvarez (Pachuca), Nestor Araujo (America), Gerardo Arteaga (Genk/BEL), Jesus Gallardo (Monterrey), Hector Moreno (Monterrey), Cesar Montes (Monterrey), Jorge Sanchez (Ajax/BEL), Johan Vasquez (Cremonese/ITA).

Pemain tengah: Edson Alvarez (Ajax/BEL), Roberto Alvarado (Guadalajara), Uriel Antuna (Cruz Azul), Luis Chavez (Pachuca), Andres Guardado (Betis/ESP), Erick Gutierrez (PSV Eindhoven/BEL), Hector Herrera (Houston Dynamo/USA), Orbelin Pineda (AEK Athens/GRE), Carlos Rodriguez (Cruz Azul), Luis Romo (Monterrey).

Penyerang: Rogelio Funes Mori (Monterrey), Raul Jimenez (Wolverhampton/ENG), Hirving Lozano (Napoli/ITA), Henry Martin (America), Alexis Vega (Guadalajara).