PRU15: Pengundi awal jangan tersalah pilih - PM

Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar bersama Ismail Sabri semasa Sembang Santai Anak Muda Kuala Selangor di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor pada Isnin.
Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar bersama Ismail Sabri semasa Sembang Santai Anak Muda Kuala Selangor di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor pada Isnin.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Pengundi awal yang memilih pada Selasa diharap membuat keputusan tepat demi menentukan masa depan negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengundi awal perlu membuat pertimbangan sewajarnya dan membuat perbandingan sewaktu pemerintahan BN dan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

"Peluang yang diberikan kepada PH oleh rakyat ketika itu adalah untuk melihat perubahan yang boleh dilakukan oleh mereka dalam mentadbir negara.

"Bagaimanapun apa yang jelas bahawa mereka (PH) gagal melaksanakan apa yang diharap oleh rakyat," katanya semasa sidang akhbar selepas Sembang Santai Anak Muda Kuala Selangor di Bandar Puncak Alam di sini pada Isnin.

Ismail Sabri berkata, Rakyat pada PRU14 lalu bergantung kepada manifesto apa yang dibentangkan tetapi akhirnya semua manifesto itu tidak dapat dilaksanakan.

"Saya percaya mereka perlu buat perbandingan sewaktu pemerintahan BN dan sewaktu pemerintahan PH," kata beliau.

Ditanya mengenai tahap sokongan penjawat awam kepada BN, Ismail Sabri memberitahu, sokongan terhadap parti itu tinggi.

"Sewaktu PH memerintah, mereka telah gambarkan bahawa kakitangan kerajaan perlu dikurangkan dan sebagainya, maka mereka (penjawat awam) merasakan mereka tiada pembelaan sewaktu PH berbanding selepas BN kembali memerintah," katanya

Artikel Berkaitan:

Selain itu, katanya, selama menjadi Perdana Menteri pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk kepentingan warga perkhidmatan awam.

"Dari segi kerajaan memang kita menjaga kepentingan penjawat awam jauh daripada PH, saya yakin esok penjawat awam akan menyokong BN," jelasnya.