Banjir di Kelantan bertambah buruk

APM sentiasa membuat pemantauan dan rondaan di kawasan berisiko banjir di Rantau Panjang.
APM sentiasa membuat pemantauan dan rondaan di kawasan berisiko banjir di Rantau Panjang.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Banjir di negeri ini bertambah buruk apabila mangsa yang dipindahkan kini mencecah 2,038 pada jam 2 petang Isnin.

Susualan itu, sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di dua kawasan iaitu Pasir Mas dan Rantau Panjang.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh mencatatkan jumlah mangsa paling dengan 668, diikuti SK Gual Periok (473) dan SK Sri Kiambang (233).

Bagi kampung yang terjejas kerana dinaiki air ialah, Tersang, Bendang Parol, Kubang Kual, Serongga, Seberan Merbau, Padang Licin, Gual Periok, Gual Sitok dan Kedai Tanjong.

Keadaan kediaman penduduk di Kampung Tersang, Rantau Panjang.
Keadaan kediaman penduduk di Kampung Tersang, Rantau Panjang.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Bencana Jajahan Pasir Mas, Kapten Mohd Arif Mohd Zain berkata, terdapat tujuh jalan ditutup iaitu Pengkalan Rakit-Batu Karang, Jalan Sk Gual Tok Deh, dan Tok Deh-Gual Periok,

Menurutnya, turut ditutup ialah Jalan Masjid Padang Licin, Rantau Panjang-Jeram Perdah, Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah dan Jalan Sekolah Cina.

"Aras air Sungai Golok menunjukkan trend menurun tetapi masih berada di paras bahaya iaitu 9.49 meter.

Artikel Berkaitan:

"Pihak Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) sentiasa melakukan rondaan dan pemeriksaan di kawasan-kawasan yang berisiko," jelasnya.

Ujar beliau, orang ramai dinasihatkan agar berpindah awal jika diminta berbuat demikian.