Mahu kerajaan telus, fokus kebajikan

Rakyat harap kerajaan baharu yang bakal dipilih lebih stabil

A
A
A

Muhyiddin (tengah) bersama pemimpin-pemimpin PN ketika hadir melancarkan Majlis Pelancaran Tawaran PN yang bertemakan ‘PN Best’.
Muhyiddin (tengah) bersama pemimpin-pemimpin PN ketika hadir melancarkan Majlis Pelancaran Tawaran PN yang bertemakan ‘PN Best’.

SHAH ALAM - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diharap dapat mewujudkan sebuah kerajaan yang benarbenar stabil dan mementingkan kebajikan segenap lapisan masyarakat selain pentadbiran bersih serta telus.

Ia berikutan impak pandemik Covid-19 yang menyebabkan kualiti hidup rakyat terjejas sama ada dari segi kesihatan mahupun pendapatan.

Subsidi upah, moratorium, pengeluaran khas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bantuan tunai langsung termasuk program imunisasi kebangsaan secara percuma perlu diteruskan dari semasa ke semasa.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata orang ramai termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mahu mana-mana parti yang berjaya memenangi PRU15 nanti perlu memberi fokus kepada kepentingan rakyat.

Antaranya, isu memulihkan ekonomi, mencipta peluang pekerjaan, meningkatkan kualiti pendidikan serta bantuan kewangan dengan lebih menyeluruh.

Malah mereka yang ditemui berharap Perikatan Nasional (PN) yang menawarkan 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran yang diumumkan melalui Tawaran PN Best baru-baru ini, boleh dipenuhi dan tercapai.

Artikel Berkaitan:

Rakyat turut menyokong aspirasi Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Tawaran PN berjanji akan membina ekonomi masa hadapan, meningkatkan nilai dan taraf hidup rakyat serta membersihkan politik dan tadbir urus daripada sebarang rasuah.

Reaksi rakyat

NURUL SYAZANA
NURUL SYAZANA



“Saya harap kerajaan dapat menaiktaraf rangkaian Internet secara menyeluruh bagi memudahkan pelajar IPT seperti saya untuk mencari bahan tambahan.” – Pelajar, Nurul Syazana Mohd Kamarul Hisham, 21.

“Mereka yang tidak berintegriti dan tidak jujur dalam menjalankan amanah memang tidak sesuai untuk menjadi pemimpin negara.” - Bekerja sendiri, Samsul Zuhari Ahmad Kamil, 51.

SITI NUR AISYAH
SITI NUR AISYAH



“Bantuan awal kepada pelajar IPT perlu diteruskan bagi meringankan beban golongan seperti kami terutamanya yang dalam kalangan B40.” - Pelajar, Siti Nur Aisyah Adi Heirman, 20.

“Pelbagai bentuk bantuan seperti pakej bantuan moratorium melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) sangat membantu rakyat. Saya gunakan wang ini ketika rumah dilanda banjir pada tahun lepas.” - Kakitangan swasta, Roshamizan Ibrahim, 48.

SABARUDIN
SABARUDIN



“Mana-mana gabungan parti yang akan memerintah kelak perlu berusaha untuk memajukan ekonomi negara dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.” - Pesara, Sabarudin Abu Bakar, 67.

“Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) wajar dipuji memandangkan negara berjaya mengawal pandemik bahkan ia diberi secara percuma kepada rakyat.” - Pelajar, Muhammad Zarif Roseli, 21.

NORILYBA
NORILYBA



“Saya sangat setuju jika kerajaan baharu nanti mahu meningkatkan kualiti pendidikan seperti Internet berkelajuan tinggi di semua sekolah. Ia sangat bagus untuk anak-anak.” - Kakitangan swasta, Norilyba Nachar Aziz Shah, 33.

“Saya bersetuju dengan Tawaran ‘PN Best’ kerana mereka jelas memperjuangkan pemerintahan yang bersih dan amanah.” - Kakitangan swasta, Nuraishah Samsufin, 20.

CHATTY
CHATTY



“Rakyat mahu negara ditadbir oleh pemimpin yang amanah dan bersih dalam menjalankan tanggungjawab bagi membentuk sebuah negara maju serta bebas rasuah.” - Pelajar, Chatty Eilon, 22

“Sebagai pelajar IPT, saya berharap kerajaan dapat memberi bantuan kewangan seperti contoh elaun makanan untuk setiap bulan.” - Pelajar, Fatin Sharifah Tabsir, 22

No Image Caption



ADVERTORIAL