Banjir: Enam negeri terjejas, bilangan mangsa meningkat

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 2,546 orang melibatkan enam negeri iaitu di Johor, Kelantan, Melaka, Perak, Pulau Pinang dan Selangor setakat jam 8 pagi pada Isnin.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, Kelantan merekodkan jumlah tertinggi seramai 1,706 mangsa, diikuti Johor (319), Perak (261), Melaka (41), Pulau Pinang (37) dan Selangor (182).

Di Kelantan, seramai 559 keluarga ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan kawasan Pasir Mas.

Seramai 78 keluarga ditempatkan di enam PPS melibatkan kawasan Hilir Perak, Kinta, Larut, Matang dan Selama di Perak.

Johor pula merekodkan 73 keluarga ditempatkan di lapan PPS iaitu di Kluang, Kulai, Ledang, Pontian dan Segamat manakala di Selangor pula, seramai 53 keluarga ditempatkan di dua PPS.

Bagi Melaka, sejumlah 12 keluarga ditempatkan di dua PPS dan lapan keluarga dipindahkan ke satu PPS di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan: