Masalah perparitan punca banjir kilat di Banting

Empat buah rumah dinaiki air dalam kejadian banjir kilat di Kampung Jalan Sungai Nangka, Banting pada Ahad.
Empat buah rumah dinaiki air dalam kejadian banjir kilat di Kampung Jalan Sungai Nangka, Banting pada Ahad.
A
A
A

KUALA LANGAT - Sampah sarap yang menghalang sistem perparitan mengakibatkan empat buah rumah di sini dinaiki air dalam kejadian banjir kilat di Kampung Jalan Sungai Nangka, Banting di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, hujan lebat berterusan sejak jam 3 pagi itu selain fenomena air pasang besar turut mengakibatkan banjir kilat berlaku.

"Hujan berterusan selain faktor masalah sistem perparitan terhalang dengan sampah sarap menyebabkan air parit telah memasuki rumah yang terlibat.

"Empat buah rumah terlibat terdiri daripada tiga rumah berpenghuni manakala sebuah lagi rumah kosong," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau bagaimanapun berkata, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka ekoran kejadian terbabit.

"Keadaan terkawal dan cuaca setakat ini mendung dan tiada hujan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: