Suami isteri cemas dihempap pokok

Kenderaan yang dinaiki sepasang suami isteri dihempap sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Terap, Sungai Tengas Kulim Kedah. Foto JBPM
Kenderaan yang dinaiki sepasang suami isteri dihempap sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Terap, Sungai Tengas Kulim Kedah. Foto JBPM
A
A
A

KULIM - Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki dihempap sebatang pokok ketika melalui Jalan Terap, Sungai Tengas di sini kira-kira jam 8.22 pagi, Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sedang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Faiz Helmi berkata, mangsa Ahmad Termizi Hashim, 51, dilaporkan selamat manakala isterinya, Rofizah Yusof, 58, dikatakan mengalami patah tangan.

Menurutnya, panggilan kecemasan diterima pada jam 8.22 pagi berhubung kejadian pokok tumbang dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Serdang diarahkan bergegas ke lokasi kejadian.

"Ketika sampai mendapati sebatang pokok telah tumbang melintang jalan dan menghempap sebuah kereta Proton Wira Aeroback yang sedang melalui tempat kejadian.

"Pegawai operasi mengarahkan anggota menstabilkan kecederaan mangsa wanita yang mengalami pendarahan di bahagian tangan serta mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas, gergaji berantai, 'cutter' dan 'spreader hydraulic'.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dan diberikan rawatan awal di tempat kejadian, seterusnya dibawa ke Hospital Kulim dengan Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut," katanya.

Operasi tamat pada jam 9.29 pagi.

Artikel Berkaitan: