Semangat enggan menyerah kunci kemenangan Spurs

Bentacur (kiri) meraikan jaringannya ketika bantu Spurs tewaskan Leeds di laman sendiri awal pagi Ahad. - Foto Agensi
Bentacur (kiri) meraikan jaringannya ketika bantu Spurs tewaskan Leeds di laman sendiri awal pagi Ahad. - Foto Agensi
A
A
A

TOTTENHAM Hotspur berjaya bangkit selepas ketinggalan tiga kali sebelum menewaskan Leeds 4-3 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di laman sendiri, awal pagi Ahad.

Pada aksi tersebut, pemain Leeds, Crysencio Summerville berjaya membuka jaringan pada minit ke-10 sebelum penyerang Spurs, Harry Kane menyamakan kedudukan selang 15 minit kemudian.

Bagaimanapun, pemain sayap Leeds United, Rodrigo berjaya meletakkan Leeds di hadapan sebelum rehat babak pertama apabila meledak hasil hantaran Rasmus Kristensen.

Tersentak dengan gol tersebut, Spurs kembali bangkit menyamakan kedudukan menerusi Ben Davies namun Rodrigo sekali lagi meletakkan Leeds dihadapan apabila meledak gol keduanya.

Spurs memastikan tiga mata apabila Rodrigo Bentancur meledak dua kali dalam 10 minit terakhir.

Saya rasa permainan ini membuatkan ramai orang sangat gembira apabila melihat banyak gol yang berjaya dihasilkan.

“Pada musim ini, kami sudah banyak kali bangkit daripada ketinggalan dan seterusnya memenangi perlawanan tersebut. Saya fikir kami menunjukkan watak yang hebat, selain tidak berputus asa dan percaya pada kemenangan.

“Kita perlu berjuang dan jangan pernah berputus asa. Jangan pernah berputus asa adalah mantra kami dan itu adalah rahsia kemenangan kami,”kata pengendali Spurs Antonio Conte.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan tersebut menyaksikan Spurs kini berada di tangga ketiga liga selepas mengutip 29 mata dalam 15 perlawanan liga setakat ini.