20 maut bas mini terjatuh dalam terusan di Mesir

Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan enam cedera pada Sabtu apabila sebuah bas mini jatuh ke dalam terusan di utara Mesir. - Foto AFP
Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan enam cedera pada Sabtu apabila sebuah bas mini jatuh ke dalam terusan di utara Mesir. - Foto AFP
A
A
A

ISTANBUL - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan enam cedera pada Sabtu apabila sebuah bas mini jatuh ke dalam terusan di utara Mesir, menurut pegawai.

Gabenor Dakahlia mengemas kini angka kematian itu di Facebook.

Kementerian Kesihatan sebelum ini berkata, 19 terbunuh dan enam cedera apabila bas mini itu jatuh ke dalam Sungai Nil.

Agensi Anadolu memetik laporan media bahawa bas mini itu yang membawa berpuluh-puluh penumpang terjatuh ke dalam terusan Mansuriya di bandar Aga di wilayah Delta Nil Dakahlia apabila pemandu hilang kawalan.

Kementerian Kesihatan berkata, 18 ambulans dihantar ke tempat kejadian untuk mencari mangsa yang terselamat, lapor Anadolu.

Mesir mempunyai rekod pengangkutan yang lemah walaupun kerajaannya berusaha untuk menambah baik rangkaian jalan raya di negara itu.

18 ambulans dihantar ke tempat kejadian untuk mencari mangsa yang terselamat - Foto Reuters
18 ambulans dihantar ke tempat kejadian untuk mencari mangsa yang terselamat - Foto Reuters

Negara itu merekodkan 56,789 kematian dan 6,164 kecederaan dalam kemalangan jalan raya pada 2020, menurut agensi perangkaan negeri, CAPMAS. - Bernama

Artikel Berkaitan: