PRU15: Lelaki ditahan kes provokasi pasang bendera parti

Hanyan
Hanyan
A
A
A

KEMAMAN - Seorang lelaki berusia 30-an ditahan kerana disyaki terlibat dalam satu kes provokasi membabitkan pemasangan bendera parti dalam Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) di Bandar Chukai.

Tangkapan di buat pada jam kira-kira jam 8 malam pada Khamis selepas pihak polis menerima aduan berhubung perkara terbabit.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, lelaki terbabit ditahan untuk membantu siasatan dan meredakan keadaan.

"Berdasarkan aduan, individu ini disyaki terlibat dalam provokasi antara dua pihak mengenai pemasangan bendera parti dan terdapat perselisihan pendapat.

"Kita sedang menyiasat sama ada terdapat unsur kekerasan dalam kes ini," ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah dan individu terbabit direman selama empat hari bermula Jumaat.

"Kita akan merujuk kertas siasatan kepada timbalan pendakwaraya bagi cadangan pertuduhan," jelas beliau.

Artikel Berkaitan: