Guardiola beri bayangan kekal bersama City

Guardiola
Guardiola
A
A
A

PEP Guardiola memberi bayangan bahawa beliau mungkin akan kekal untuk satu tempoh yang lama bersama Manchester City.

Guardiola yang kini berada di tahun terakhir kontraknya memberitahu, beliau tidak dapat membayangkan dirinya menguruskan mana-mana kelab lain lebih lama daripada kejayaan emasnya mengendalikan Manchester City.

Jelas pengendali kelahiran Sepanyol itu, beliau mengakui pemilik City yang berpangkalan di Abu Dhabi menyediakan persekitaran yang sempurna untuknya berkembang maju.

"Tinggal di tempat lain selama tujuh tahun? Tidak, saya tidak fikir begitu. Sukar untuk mencari apa yang saya ada di sini sebagai pengurus.

“Untuk menjadi pengurus dalam masa yang lama, anda perlu disokong. Hasilnya banyak membantu, itu tidak dapat dinafikan.

“Tetapi, di kelab besar, sebahagian daripada kejayaan pengurus ialah pengerusi, pengarah sukan terutamanya, CEO (ketua pegawai eksekutif) dan semua orang di sini,” katanya.

Untuk rekod, jurulatih berusia 51 tahun itu sudah dua kali memperbaharui kontraknya dalam tempoh enam tahun di Manchester.

Sepanjang kariernya, Guardiola sudah memenangi sembilan trofi utama, termasuk empat kejuaraan EPL, sejak mengambil alih City pada 2016.

Artikel Berkaitan: