239 mangsa banjir dipindahkan ke enam PPS di Kedah

Anggota APM menyelamatkan seorang kanak-kanak ke tempat selamat selepas kediaman mereka dinaiki air.
Anggota APM menyelamatkan seorang kanak-kanak ke tempat selamat selepas kediaman mereka dinaiki air.
A
A
A

ALOR SETAR - Seramai 239 orang mangsa melibatkan 61 keluarga ditempatkan di enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas banjir kilat berlaku di daerah Kulim dan Bandar Baharu setakat jam 8 pagi pada Sabtu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata, semua mangsa dipindahkan bermula jam 9 malam tadi selepas penempatan mangsa dinaiki air.

Katanya, lima PPS di Kulim diaktifkan adalah Surau Taman Sang Kancil, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Limau, Dewan Penghulu Kampung Paya Tok Betok, Masjid Sungai Seluang dan Surau Kampung Bukit Sarang Ayam.

"Di kawasan Bandar Baharu mangsa ditempatkan di PPS Surau Kampung Batu 18, dan operasi pemindahan mangsa dilakukan APM dibantu Jabatan Bomba Penyelamat daerah Kulim," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, keadaan terkini dilaporkan kediaman mangsa masih digenangi air setinggi 0.5 sehingga melebihi satu meter," katanya.

"Kita menempatkan anggota APM di kawasan terjejas bagi melakukan pemantauan," katanya.


Banjir Selangor: Sembilan penduduk berpindah ke PPS SK Sungai Sireh

Artikel Berkaitan:

KUALA SELANGOR - Sebanyak lima rumah membabitkan sembilan mangsa daripada tiga keluarga di Kampung Sungai Sireh, Tanjong Karang di sini terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak malam Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.26 malam.

Menurut beliau, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikerah ke lokasi kejadian.

"Berdasarkan laporan awal, sebanyak empat lokasi di Kampung Sungai Sireh terjejas banjir iaitu di Lorong 14, 15, 18 dan 19.

"Pada masa sama, paras air di lokasi kejadian pada kedalaman 0.3 meter," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Norazam berkata, kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sireh.

Sehubungan itu, katanya, bomba akan terus melakukan pemantauan terhadap paras air dari semasa ke semasa.

Di Selangor, beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat serta parit yang tersumbat.

Sebanyak tiga PPS iaitu PPS SK Kampung Johan Setia, SK Sungai Binjai dan Masjid Al Falah Kampung Budiman dibuka di negeri ini.

Beberapa mangsa sudah ditempatkan di PPS SK Sungai Sireh pada Jumaat.
Beberapa mangsa sudah ditempatkan di PPS SK Sungai Sireh pada Jumaat.


311 mangsa banjir pindah di Kelantan

KOTA BHARU - Seramai 311 mangsa banjir dicatatkan di Kelantan membabitkan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 10 pagi.

Laman Web Rasmi Info Banjir Kelantan memaklumkan, seramai 295 mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh membabitkan 89 keluarga.

Jumlah itu termasuk 26 bayi dan tujuh warga emas.

Laman web berkenaan turut mencatatkan 16 mangsa di Balai Raya Padang Kijang, Tanah Merah.

Sehingga jam 10.45 pagi Sabtu, Aras air di Sungai Golok dicatatkan setinggi 9.86 meter iaitu paras bahaya.

Selain itu, Sungai Kusial di Kusial Baru, Tanah Merah mencatatkan aras air setinggi 9.39 meter.

Lima hari lalu, seramai 207 mangsa banjir daripada 45 keluarga di Kelantan ditempatkan di empat di daerah Pasir Mas dan Gua Musang setakat jam 3 petang.

Kesemua mangsa banjir itu ditempatkan di SK Tok Deh, Pasir Mas manakala di Gua Musang membabitkan PPS SK Jeram Tekoh, Dewan Semai Bakti Felda Chiku 7 dan SK Limau Kasturi.