Qatar 2022: La Roja sisih Alcantara, de Gea

Alcantara dan de Gea disisihkan dari skuad La Roja dalam saingan Piala Dunia 2022 di Qatar. Foto Agensi
Alcantara dan de Gea disisihkan dari skuad La Roja dalam saingan Piala Dunia 2022 di Qatar. Foto Agensi
A
A
A

PENGENDALI Sepanyol Luis Enrique mempertaruhkan peledak FC Barcelona, Ansu Fati sambil menyisihkan pemain Liverpool, Thiago Alcantara dan penjaga gol Manchester United, David de Gea dalam saingan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Fati yang memulakan penampilan pertama pada usia 17 tahun pada 2020, dan pada aksi kedua meledak gol buat Sepanyol memecah rekod penjaring paling muda La Roja milik Juan Errazquien pada 1925.

Namun dia kini bergelut untuk kembali cergas daripada empat pembedahan kecederaan lutut kirinya, yang dialami pada November 2020.

"Dia merupakan salah satu persoalan terakhir kami. Sejujurnya saya ragu sehingga saat akhir, namun memutuskan merekrutnya kerana kualiti teknikalnya.

“Ansu sedang melalui proses untuk kembali menjadi dirinya yang sebenar sebelum kecederaan dan. sudah tentu ia boleh dinilai.

“Saya percaya kehadirannya bersama kami boleh menjadi motivasi besar untuknya kerana dia masih berusaha untuk kembali ke puncak. prestasi,” kata Enrique.

Pada masa sama Enrique enggan mengulas mengenai ketiadaan pemain yang diketepikan seperti De Gea, Thiago dan pemain pertahanan Barcelona, Marcos Alonso.

Namun tiadakan Enrique menunjukkan keutamaan bekas pengendali AS Roma, Celta Vigo dan Barcelona itu lebih terarah kepada bakat baharu La Roja.

Artikel Berkaitan:

Pengendali berusia 52 tahun itu juga turut menggunakan khidmat Nico Williams, Yeremi Pino, Alvaro Morata dalam mempertajam bahagian penyudah.

Gandingan Marco Asensio dari Real Madrid, Pablo Sarabia, Dani Olmo dan Ferran Torres melengkapkan rangkaian serangan La Roja.

Bahagian tengah pula pengalaman pemain FC Barcelona, Sergio Busquets, Rodri Hernandez, Gavi, Carlos Soler menjadi nadi merancang serangan Sepanyol.

Marcos Llorente dari Atletico de Madrid, Pedri Gonzalez, Koke Resurreccion turut menjadi sandaran Enrique.

Benteng Sepanyol pula mempertaruhkan gandingan Cesar Azpilicueta, Dani Carvajal, Eric Garcia dan Hugo Guillamon.

Turut menjadi pilihan Pau Torres dari Villarreal CF, Aymeric Laporte, Jordi Alba, Jose Gaya.

Benteng terakhir La Roja pula menyaksikan kehadiran penjaga gol sensasi Athletic Club, Unai Simon, Robert Sanchez, David Raya.

Sepanyol yang diundi dalam Kumpulan E akan memulakan kempen berdepan Costa Rica Stadium Al Thumama pada 24 November sebelum berdepan Jerman (28 November) dan Jepun (2 Disember).


SKUAD PIALA DUNIA 2022 SEPANYOL


Penjaga gol: Unai Simon (Athletic Bilbao), Robert Sanchez (Brighton & Hove Albion), David Raya (Brentford).

Pertahanan: Cesar Azpilicueta (Chelsea FC), Dani Carvajal (Real Madrid), Eric Garcia (FC Barcelona), Hugo Guillamon (Valencia CF), Pau Torres (Villarreal CF), Aymeric Laporte (Manchester City), Jordi Alba (FC Barcelona), Jose Gaya (Valencia CF).

Pemain tengah: Sergio Busquets (FC Barcelona), Rodri Hernandez (Manchester City), Gavi (FC Barcelona), Carlos Soler (Paris St Germain), Marcos Llorente (Atletico de Madrid), Pedri Gonzalez (FC Barcelona), Koke Resurreccion (Atletico de Madrid).

Penyerang: Ferran Torres (FC Barcelona), Nico Williams (Athletic Club), Yeremi Pino (Villarreal CF), Alvaro Morata (Atletico de Madrid), Marco Asensio (Real Madrid), Pablo Sarabia (Paris St Germain), Dani Olmo (RB Leipzig), Ansu Fati (FC Barcelona).