Agong santuni keluarga mangsa kemalangan maut

Agong berkenan menuruni kenderaan rasmi bertanya khabar keluarga penunggang motosikal yang terlibat kemalangan di Batu 12, Jalan Kuantan - Gambang, Pahang. - Foto FB Istana Negara
Agong berkenan menuruni kenderaan rasmi bertanya khabar keluarga penunggang motosikal yang terlibat kemalangan di Batu 12, Jalan Kuantan - Gambang, Pahang. - Foto FB Istana Negara
A
A
A

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni keluarga mangsa kemalangan maut sewaktu dalam perjalanan dari Istana Abdulaziz, Kuantan ke Istana Negara, Kuala Lumpur pada petang Jumaat.

Konvoi kenderaan baginda terserempak dengan mangsa di Batu 12, Jalan Kuantan - Gambang, Pahang, sebelum Al-Sultan Abdullah berkenan menuruni kenderaan rasmi untuk menyantuni keluarga penunggang motosikal yang terlibat.

Dalam perkongsian di Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa sedih dengan kemalangan yang telah meragut nyawa penunggang motosikal itu.

Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu.

Seri Paduka Baginda juga mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

Artikel Berkaitan: