Mangsa banjir hampiri 1,000 orang

Penduduk sekitar Meru terpaksa menggunakan motosikal meredah banjir selepas kawasan rumah mereka dinaiki air banjir ketika tinjauan di Meru hari ini. - Foto Bernama
Penduduk sekitar Meru terpaksa menggunakan motosikal meredah banjir selepas kawasan rumah mereka dinaiki air banjir ketika tinjauan di Meru hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di seluruh negara kini meningkat kepada 796 orang, melibatkan negeri Selangor, Johor dan Kelantan.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam satu kenyataan di laman Facebook memaklumkan, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi mangsa yang terlibat dengan pemindahan iaitu 695 orang.

Sehingga kini, sejumlah 163 keluarga di Klang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Masjid Al-Falah Kampung Budiman, Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia dan SK Sungai Binjai.

Di Kelantan pula, seramai 44 mangsa daripada 10 keluarga kini ditempatkan di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Tok Deh, Pasir Mas dan SK Kelewek, Tanah Merah.

Sementara di Segamat, Johor mangsa berjumlah 57 orang daripada 18 keluarga dan kini ditempatkan di tiga PPS iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak, Balai Raya Kampung Kuala Paya dan Dewan Komuniti Tasek.

Artikel Berkaitan: