Sheikh Umar berazam bawa pembaharuan di Parlimen Ayer Hitam

A
A
A

Sheikh Umar Bagharib Ali beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Ayer Hitam.
Sheikh Umar Bagharib Ali beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Ayer Hitam.

Calon Pakatan Harapan (PH)- DAP bagi Parlimen Ayer Hitam, Sheikh Umar Bagharib Ali berazam mahu membawa pembaharuan dari segi infrastruktur, kemudahan awam dan mewujudkan hub kreatif dan pelancongan di Parlimen Ayer Hitam.

Sheikh Umar, 37, yang juga Naib Pengerusi DAP Johor berkata, pengalaman sebagai Exco Kerajaan Negeri sebelum ini akan digunakan untuk memacu pendekatan lebih baik pembangunan Parlimen Ayer Hitam.

"Ramai yang menganggap Parlimen Ayer Hitam merupakan kerusi panas kerana diwakili oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang sudah empat penggal menerajui parlimen di sini.

"Saya optimis PH mampu memberikan saingan dan menawan hati pengundi. Ini kerana, saya menerima respon positif daripada pengundi ketika turun padang berjumpa mereka di kampung- kampung mahupun di sekitar Ayer Hitam dan Yong Peng," katanya.

Menurut Sheikh Umar, beliau akan turun padang mengadakan 'walk about' mendekati menemui pelbagai lapisan masyarakat selain menggunakan platform media sosial.

Ayer hitam dekat di hati

Artikel Berkaitan:

Sheikh Umar Ikiri) berazam bawa pembaharuan di Parlimen Ayer Hitam.
Sheikh Umar Ikiri) berazam bawa pembaharuan di Parlimen Ayer Hitam.



Bercakap tentang pembaharuan di Parlimen Ayer Hitam, Sheikh Umar berkata, pelbagai potensi ekonomi yang boleh dibangunkan bagi meningkatkan pendapatan penduduk seterusnya melonjakkan nama Parlimen Ayer Hitam bukan sahaja sebagai kota seramik.

"Di Ayer Hitam juga ada sawah padi di Sawah Sagil. Mungkin ramai yang tidak tahu, tentang lokasi yang cukup indah ini. Justeru saya melihat ia perlu promosikan dan menjadi tarikan pelancongan di sini.

"Pada masa yang sama, Ayer Hitam kaya dengan seni dan budaya antaranya memiliki kumpulan persembahan barongan dan kuda kepang. Sebuah hub kreatif perlu diwujudkan dengan tarikan pelancongan yang ada perlu ditambah baik, dipakejkan dan dipromosikan," katanya.

Sheikh Umar Bagharib Ali beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Ayer Hitam.
Sheikh Umar Bagharib Ali beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Ayer Hitam.

Sementara itu dari segi infrastruktur, jelasnya tumpuan serius perlu diberikan terutama di laluan Ayer Hitam-Yong Peng dan FT50 antara Batu Pahat, Ayer Hitam dan Kluang.

Seterusnya, bagi kemudahan awam iaitu pasar awam Yong Peng, prasarana baharu diperlukan bagi menggantikan premis yang musnah dalam kebakaran yang berlaku pada Mac lalu.

Sheikh Umar Bagharib Ali beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Ayer Hitam.
Sheikh Umar Bagharib Ali beramah mesra dengan pengundi di Parlimen Ayer Hitam.

"Ramai penduduk yang kecewa dengan keadaan jalan raya di laluan Ayer Hitam- Yong Peng yang berlubang, tampalan pula tidak sekata selain lampu jalan yang kurang. Situasi tersebut mengundang risiko berlakunya kemalangan.

"Pembinaan prasarana baharu yang lebih baik diperlukan di Pasar Awam Yong Peng bagi memudahkan peniaga di situ seterusnya meningkatkan ekonomi setempat," katanya.

Profil

SHEIKH UMAR BAGHARIB ALI
SHEIKH UMAR BAGHARIB ALI



Nama: Sheikh Umar Bagharib Ali

Tarikh lahir: 12 Februari 1985

Tempat lahir: Kluang

Umur: 37 tahun

Status: Berumah tangga

Anak: 4 orang

Pendidikan: Sarjana Muda Pengajian Islam ( Usuluddin) Universiti Malaya

Jawatan

- Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Putrajaya ( 2008-2010)

- Setiausaha Eksekutif Pakatan Rakyat Pusat

- ADUN Paloh (2018)

- Exco Kerajaan Negeri Johor ( 2018)

- Portfolio Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Belia dan Sukan, Ekonomi Kreatif, Sains dan Teknologi

- Naib Pengerusi DAP Johor

- Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Kebangsaan



ADVERTORIAL