Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan sembilan negeri, sehingga jam 1.05 petang, Jumaat.

MetMalaysia menerusi kenyataannya memaklumkan, negeri-negeri tersebut melibatkan kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Di Perak, kawasan yang terlibat ialah di Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim manakala di Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Maran dan Bera.

Amaran ribut petir dan hujan lebat yang dikeluarkan MetMalaysia sehingga jam 1.05 petang, Jumaat.
Amaran ribut petir dan hujan lebat yang dikeluarkan MetMalaysia sehingga jam 1.05 petang, Jumaat.

Sementara itu, di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Miri (Miri dan Marudi) serta Limbang, manakala di Sabah kawasan yang terjejas ialah Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) serta Tawau (Lahad Datu).


Hujan berterusan dijangka berlaku di kelantan, terengganu sehingga esok

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) malam ini mengeluarkan amaran hujan berterusan, yang dijangka berlaku di beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu sehingga esok.

Artikel Berkaitan:

MetMalaysia dalam keyataan memaklumkan jangkaan cuaca tahap waspada itu, melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan.

Di Terengganu pula membabitkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. - Bernama