PRU15: Gelombang sokongan rakyat terhadap BN kuat

Ahmad Jazlan (kiri) beramah mesra bersama peniaga di Pasar Tani Machang pada Jumaat.
Ahmad Jazlan (kiri) beramah mesra bersama peniaga di Pasar Tani Machang pada Jumaat.
A
A
A

MACHANG - Gelombang sokongan rakyat terhadap BN dilihat semakin bertambah kuat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, sehingga kini rakyat negeri itu khususnya pengundi luar turut menyatakan sokongan dan kepercayaan kepada BN.

“Saya tidak nampak sokongan kepada pihak lain, yang dapat saya lihat ialah sokongan rakyat kepada BN untuk mentadbir negara kelak.

“Selain itu, saya juga tidak mendengar sekiranya ada kepimpinan UMNO yang berpaling arah malah masih tetap utuh menyokong perjuangan BN,” katanya ketika ditemui selepas Program Walkabout di Pasar Tani Machang, di sini.

Ahmad Jazlan yang juga penyandang Parlimen Machang memberitahu situasi kempen PRU15 di negeri ini dilihat agak kurang meriah kerana tertumpu di peringkat Parlimen sahaja.

“Bukan sahaja BN malah jentera Pas juga tidak begitu bersungguh kerana mereka juga tahu yang akan bertanding adalah calon parti lain,” katanya.


Artikel Berkaitan: