PRU15: Kehadiran Parlimen bukan macam ke sekolah - Abdul Hadi

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

MARANG - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak melihat isu kehadiran ke Parlimen rendah yang dimainkan oleh pihak lawan akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Penyandang kerusi Parlimen Marang itu menjelaskan bahawa kehadiran ahli Parlimen ke Sidang Dewan Rakyat tidak boleh disamakan dengan kedatangan ke sekolah kerana ia berbeza dari segi sistem dan perjalanannya.

Abdul Hadi berkata, selain bergelar Ahli Parlimen Marang beliau turut menggalas tanggungjawab sebagai Duta Khas ke Timur Tengah dan dua peranan itu membataskan masanya.

"Saya ditugaskan di Parlimen dan juga tugas-tugas khas. Kehadiran di Parlimen ini bukan macam kehadiran di sekolah, itu orang tidak faham.

"Menteri-menteri bukan duduk tunggu begitu sahaja, dia jawab soalan dan bila selesai akan jalankan tugas di luar pula, orang yang tidak ada tugas di luar boleh tunggu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah mingguan di Rusila pada Jumaat.

Menurut Abdul Hadi, beliau juga memberi peluang kepada pemimpin muda dari partinya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan kerana setiap parti mempunyai kuota tersendiri.

Dalam masa sama, beliau turut berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh ahli Parlimen dari Pas.

"Oleh kerana saya sudah lama di Parlimen, berbahas, berhujah...saya kini banyak beri peluang kepada orang muda untuk terlibat dalam perbahasan kerana ia ikut kuota parti.

Artikel Berkaitan:

"Kalau saya bercakap, kuranglah kuota dan anak-anak muda tidak boleh bercakap, jadi saya beri peluang kepada pelapis ini," ujarnya.