Lima sungai berada di paras bahaya

Banjir kilat berlaku di beberapa kawasan di sekitar Meru ekoran hujan lebat kira-kira dua jam petang Khamis. - Gambar Bernama
Banjir kilat berlaku di beberapa kawasan di sekitar Meru ekoran hujan lebat kira-kira dua jam petang Khamis. - Gambar Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Lima sungai masing-masing terletak di Selangor, Johor, Pahang, Perlis dan Sarawak berada pada paras bahaya, setakat jam 12 tengah malam Jumaat.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam satu kenyataan berkata, ia membabitkan lokasi di Kampung Budiman, Sungai Kapar Besar, di Petaling, Selangor; Sedili Kecil, Sungai Sedili Kecil, di Kota Tinggi, Johor dan Sungai Keratong Jalan Kota Bahagian, Sungai Rompin, di Pahang.

Dua lagi lokasi yang direkodkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berada pada paras bahaya ialah di Bukit Tok Poh, Sungai Perlis, di Kangar, Perlis dan Longjegan Baram, di Miri, Sarawak.

Pada masa sama, terdapat tujuh sungai yang direkodkan berada pada paras waspada antaranya di Kampung Labong, Sungai Endau, di Mersing, Johor; Kampung Siput Sungai Melaka, di Alor Gajah, Melaka dan Peklinggi, Sungai Linggi, di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Turut berada di paras waspada ialah beberapa lokasi di Sungai Pahang, di Bera, Pahang; Sungai Jawi, di Seberang Perai, Pulau Pinang dan Keruak, Sungai Besut, Terengganu.

Dalam pada itu, Nadma memaklumkan sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di seluruh negara ketika ini dengan tiga daripadanya masing-masing di Selangor dan Johor serta satu di Kelantan.

Jumlah mangsa yang terlibat ialah 402 orang terdiri daripada 97 keluarga.

Artikel Berkaitan: