PRU15: 'Syukurlah ada orang seperti KJ'

Hamzah hadir dalam program bersama masyarakat Kampung Sungai Jernih, Kubu Gajah sempena kempen PRU15 pada Khamis.
Hamzah hadir dalam program bersama masyarakat Kampung Sungai Jernih, Kubu Gajah sempena kempen PRU15 pada Khamis.
A
A
A

LARUT - Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin memuji tindakan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengumumkan hasrat menjadi perdana menteri.

Hamzah berkata, meskipun seperti mendahului yang lain, kenyataan itu dianggap berani, apatah lagi hanya boleh dilaksanakan sekiranya BN mendapat kemenangan besar.

"Saya syukur kepada ALLAH kerana adanya orang seperti Khairy.

"Tetapi apa jadi dengan janji presiden dia (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) kepada Ismail Sabri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob).

"Khairy ini dah gaduh dengan Ismail Sabri ke, tidak mungkin. Saya tak rasa begitu, cuma mungkin dia dah teringin sangat (jadi perdana menteri)," katanya ketika ditemui dalam program bersama masyarakat Kampung Sungai Jernih, Kubu Gajah di sini pada Khamis.

Menteri Dalam Negeri itu yakin, situasi sama yang memperlihatkan saling berebut kedudukan, tidak akan berlaku dalam kalangan calon dan pemimpin PN.

Katanya, setiap parti kompenan telah menyatakan ikrar duduk sekata dan sepakat mendahului kemenangan parti dan kepentingan rakyat.

"Saya selalu ingatkan semua dalam PN, tak payah berebutlah. Insya-ALLAH lepas menang nanti, kita bahagi secara adil dan saksama," katanya.

Artikel Berkaitan: