PRU15: Hishammuddin nafi kempen dalam kem

Hishammuddin bersama kepimpinan dan penyokong BN yang hadir pada program bersama calon BN di Dewan PM Najib pada Khamis.
Hishammuddin bersama kepimpinan dan penyokong BN yang hadir pada program bersama calon BN di Dewan PM Najib pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan beliau berkempen di kem tentera seperti dakwaan yang tular di laman sosial.

Menurutnya, kenyataan itu tidak benar dan fitnah semata-mata.

"Saya hanya turun berkempen di kawasan saya di Sembrong dan di Johor sahaja, tidak ada sekali pun masuk mana-mana kem untuk berkempen," katanya ketika ditemui pada program bersama calon BN di Dewan PM Najib pada Khamis.

Kenyataan itu bagi menjelaskan kenyataan yang tular di media sosial kononnya Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain membenarkan beliau untuk berkempen di mana-mana kem tentera darat.

Tentera Darat Malaysia (TDM) juga telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan itu.

Sementara itu, Hishammuddin berpuas hati dan lega dengan semangat ditunjukkan BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

"Kerjasama yang ditunjukkan termasuk calon dan kepimpinan memberikan kelebihan kepada BN untuk memenangi PRU-15.

"Di beberapa kawasan saya turun berkempen, jentera juga nampak memberikan kerjasama baik," katanya.

Artikel Berkaitan: