[VIDEO] Liow Tiong Lai ikrar perangi rasuah

 Liow Tiong Lai
Liow Tiong Lai
A
A
A

KUALA LUMPUR - Calon Parlimen Bentong dari BN, Tan Sri Liow Tiong Lai berikrar untuk memerangi rasuah hingga ke akar umbi.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, pembasmian rasuah hingga ke peringkat akar umbi akan menjadikan negara lebih maju pada masa depan.

"Saya menyokong penuh usaha Sinar Harian menerusi gerakan Rasuah Busters dalam memerangi rasuah kerana rasuah boleh meruntuhkan negara kita.

"Jadi saya juga bersedia untuk lakukan ujian psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag) atau ujian kesihatan mental berkait rasuah," katanya pada wawancara khas bersama Sinar Harian di Ibu Pejabat MCA di sini pada Rabu.

Berikutan itu, bekas Ahli Parlimen Bentong selama empat penggal sejak 1999 berkenaan turut menggesa semua calon Parlimen yang akan menjadi penggubal dasar di Dewan Rakyat untuk turut melakukan ujian psikometrik tersebut.

Menurut beliau, langkah itu untuk memastikan calon ahli Parlimen bukan sahaja mempunyai komitmen integriti yang tinggi tetapi memiliki semangat kental untuk bersama-sama menghapuskan budaya rasuah yang sudah lama berakar di negara ini.

Katanya, jika langkah drastik tidak dilakukan segera penggubal dasar, lebih ramai rakyat diramal akan hidup miskin dan melarat sedangkan golongan tertentu hidup dilimpahi penuh kemewahan.

Artikel Berkaitan: