PRU15: Wan Azizah isytihar harta RM1.36 juta

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Calon Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM1.36 juta.

Kesemua aset tersebut dimilikinya setakat 31 Oktober tahun ini.

Wang tunai atau simpanan yang dimiliki Wan Azizah merupakan yang terbanyak di empat bank iaitu di Bank Islam Malaysia Berhad - pemilikan sendiri berjumlah RM525,608.53; di Standard Chatered Bank Malaysia Berhad - pemilikan bersama (RM340,177.83); Maybank Malaysia Berhad- pemilikan bersama (RM65,161.95) dan Tabung Haji (RM70,000).

Selain itu, beliau juga memiliki empat kenderaan iaitu Perodua Myvi yang dibeli pada 2017 dengan nilai pasaran semasa RM29,300; Perodua Myvi dibeli pada 2018 (RM37,100), Toyota Velfire dibeli pada 2020 (RM288,000) dan sebuah motosikal Yamaha Lagenda dibeli pada 2021 (RM5,350).

Selaku penyandang Ahli Parlimen Pandan, beliau mempunyai pendapatan sebagai wakil rakyat berjumlah RM16,351.54.

Beliau juga mengisytiharkan tidak mempunyai hartanah, barang kemas dan karya seni, hutang dan tidak membuat sebarang pelaburan.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menetapkan setiap calon yang mewakili parti itu dalam PRU15 supaya mengisytiharkan harta masing-masing.

Artikel Berkaitan: